Colour Vibration Therapy, atau CVT merupakan perawatan pertama seumpamanya di dunia yang dipelopori oleh Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab di mana beliau telah berjaya menggabungjalinkan getaran cahaya, warna dan bunyi sebagai kunci utama bagi merawat pesakit daripada hampir keseluruhan jenis penyakit. Malah paling utama CVT bukan sahaja bersandarkan kepada fakta dan pengkajian sains, tetapi ia juga turut menerapkan unsur-unsur keagamaan. Perawatan ini membenarkan pesakit untuk pulih secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.
FALSAFAH ILMU DALAM KEHIDUPAN SEBENAR
Menjawab berbagai persoalan ilmu dan penyakit melalui tanda-tanda warna sebagai kebesaran Pencipta
Memahami, menghayati dan membina kemahiran yang luar biasa teknik mengenalpasti sistem fizik tubuh secara paling praktikal seterusnya menghurai persoalanberkaitan sehingga ke tahap minda, emosi dan spirit.
Memahami aspek pemakanan/persekitaran/jenis pekerjaan yang mempengaruhi gaya berfikir
CARTA WARNA DIRI
Setiap manusia memegang satu daripada rahsia di atas sebagai kekuatan tenaga yang melengkapkan kejadian alam. Ia disebut “Level”(Tahap) atau “Warna” diri. CVT juga menemukan rahsia tenaga bunga-bungaan, garam dan ais yang berperanan besar dalam keseimbangan alam semesta termasuk manusia.
CVT dengan terapi getaran warna adalah menyingkap berbagai rahsia cahaya dan bunyi. Dua unsur cahaya iaitu bulan dan matahari amat banyak menemukan jawapan berbagai persoalan yang relevan dengan tenaga yang kita miliki. Unsur atom dalam cahaya dapat mengaktifkan sel-sel tubuh dengan cara meneutralkan gelombang elektromagnetik dan elektrokimia yang tercemar daripada berbagai radiasi dan keracunan.
CVT dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.